Halwa @ MN


e-MASJID

Bilangan Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini289
mod_vvisit_counterSemalam694
mod_vvisit_counterMinggu Ini983
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1863
mod_vvisit_counterBulan Ini2164
mod_vvisit_counterBulan Lepas682
mod_vvisit_counterSemua2846

We have: 1 guests, 1 bots online
Alamat IP:: 38.107.191.95
 , 
Hari ini: Sep 06, 2010
Home Arkib Berita
Arkib Berita
Select a news topic from the list below, then select a news article to read.

Ramadhan@LailatulQadr PDF Print E-mail
Written by shah   
Thursday, 02 September 2010 10:35

LAILATUL QADAR


"Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan. Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya (malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.Selamat sejahteralah ia (malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh)." Surah al Qadr.

 

Lailatul Qadar mempunyai kedudukan yang istimewa dalam Islam. Malam itu diakui lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat turun bagi mengatur segala urusan. Malam itu penuh dengan kesejahteraan sehingga terbit fajar.

Sama seperti kematian, Lailatul Qadar juga dirahsiakan kehadirannya oleh Allah. Ini supaya manusia menggunakan seluruh waktunya beribadah dan mengingati Allah.

Ibnu Umar merekodkan Rasulullah bersabda:

"Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Apabila kalian berasa lemah ataupun tidak mampu melaluinya, maka jangan pula kalian kehilangan tujuh malam terakhir."

Sebahagian ulama berpendapat Lailatul Qadar jatuh pada malam 22 dan terakhir jatuh pada malam ke 28. Ini berdasarkan hadis yang direkodkan Bukhari daripada Ibnu Abbas. Rasulullah berkata "Rebutlah Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadan. Namun Lailatul Qadar itu jatuh pada malam dengan bilangan ganjil."

Apa pun, Lailatul Qadar mempunyai keistimewaan tersendiri yang tidak dapat kita kenali kecuali selepas malam itu berlalu. Malam Lailatul Qadar bukanlah malam yang penuh dengan bintang yang bersinar sebagaimana disangka ramai orang. Namun Lailatur Qadar adalah malam yang mempunyai tempat khusus di sisi Allah. Setiap muslim dianjur mengisi malam itu dengan ibadah dan mendekatkan diri padanya.

Imam Tabari menyatakan, "Tersembunyi Lailatur Qadar adalah bukti pembohongan orang yang menyatakan dalam malam itu ada perkara yang tidak pernah kita lihat pada malam-malam lain sepanjang tahun. Oleh sebab kerahsiaannya, bukan semua orang beribadah sepanjang tahun mendapat Lailatul Qadar."

Ada yang menemui Lailatul Qadar hanya dengan beribadah tanpa melihat sebarang keganjilan. Ada pula sebahagian yang lain melihat keganjilan tanpa disertai ibadah. Dalam hal ini, sudah pasti orang beribadah walaupun tidak melihat sebarang keganjilan lebih utama kedudukannya di sisi Tuhan. Wallahu'alam.

Last Updated on Friday, 03 September 2010 02:42
 
« StartPrev12NextEnd »

Page 1 of 2


Powered by Joomla!. Designed by: ThemZa themes ntc hosting Valid XHTML and CSS.