Halwa @ MN


e-MASJID

Bilangan Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini289
mod_vvisit_counterSemalam694
mod_vvisit_counterMinggu Ini983
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1863
mod_vvisit_counterBulan Ini2164
mod_vvisit_counterBulan Lepas682
mod_vvisit_counterSemua2846

We have: 1 guests, 1 bots online
Alamat IP:: 38.107.191.95
 , 
Hari ini: Sep 06, 2010
Home Arkib Berita
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM BERKHITAN BERAMAI-RAMAI SEMPENA CUTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2009 ANJURAN MASJID NEGARA DENGAN KERJASAMA RUMAH KHITAN SDN. BHD.

KUALA LUMPUR, 22 Nov. – Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Perasmian Program Berkhitan Beramai-Ramai sempena cuti persekolahan bagi tahun 2009 bertempat di Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur di sini, hari ini. Program sehari ini merupakan anjuran bersama Masjid Negara dengan Rumah Khitan Sdn. Bhd.

 

 

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad dalam satu Majlis yang diadakan di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Pengurusan Masjid (KESUMA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Ustaz Haji Ghafani bin Awang Teh serta pegawai-pegawai daripada JAKIM dan Masjid Negara sendiri.

 

Seramai lebih daripada 100 orang kanak-kanak terdiri daripada pelajar sekolah sekitar Lembah Klang diraikan dalam Majlis Program Berkhitan beramai-ramai di Masjid Negara. Program tahunan ini telah bermula sejak tahun 1993 dianjurkan oleh pihak Masjid Negara sendiri sempena musim cuti persekolahan ketika ini. Kesemua kanak-kanak yang terlibat dalam Majlis itu berusia antara 6 tahun sehingga 12 tahun. Kanak-kanak ini dikhitankan oleh 12 pegawai perubatan swasta yang sememangnya pakar dalam bidang berkenaan.

 

Menurut Penyelaras Program, YBhg. Ustaz Azhar bin Tuarno, program tersebut diadakan bagi merapatkan hubungan persaudaraan dan perpaduan di kalangan masyarakat luar dengan kaki tangan Masjid seperti yang dituntut oleh Islam. Sambutan yang diterima pada tahun ini sangat-sangat menggalakkan daripada segi bilangan penyertaan mereka terutamanya terutamanya dari penduduk Lembah Klang. Beliau juga memberitahu bahawa penganjuran program ini juga bagi memenuhi tuntutan agama Islam yang mahukan setiap umatnya memilik kualiti kesihatan yang terbaik di kalangan masyarakat. Beliau menambah lagi, program ini juga bertujuan untuk meningkatkan fahaman Islam terhadap anak-anak kecil terutamanya kepentingan berkhitan seperti yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri. Kanak-kanak yang telah berkhitan akan merasakan diri mereka berbeza daripada kanak-kanak kecil yang lain. Ini kerana amalan berkhitan adalah salah satu agenda dalam kehidupan menuju ke alam dewasa.

 

Mengenai kaedah atau teknik Smart Klamp pula ianya merupakan satu teknik berkhitan / bersunat yang cepat, mudah dan selamat. Dengan teknik ini, 5 orang kanak-kanak dapat dikhitankan setiap jam oleh seorang doctor yang terlatih. Dengan 10 orang doktor, 200 kanak-kanak dapat dikhitankan dalam masa 4 jam berbanding 8 jam dengan cara jahitan. Prosedur Smart Klamp boleh dijalankan hampir dimana-mana sahaja kerana ia amat ringkas, bersih dan teratur. Selain penggunaan Smart Klamp telah diterima pakai oleh lebih 200 klinik di seluruh Malaysia, ianya juga merupakan teknik yang mudah dikendalikan oleh doktor, tanpa jahitan dan mudah di jaga. Sehingga kini, lebih 50,000 kanak-kanak telah dikhitan menggunakan teknik ini sejak ia diperkenalkan seawal 2003. Teknik ini merupakan kaedah terbaik untuk pesakit diabetis, hemophilia, kanak-kanak autism dan kanak-kanak hiperaktif.

 

Penganjuran program ini juga untuk membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa memandangkan kos berkhitan yang kini agak mahal sehingga mencecah RM 200 seorang. Bagi Program ini, bayaran yang dikenakan kepada peserta hanya RM150 sahaja bagi seorang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Powered by Joomla!. Designed by: ThemZa themes ntc hosting Valid XHTML and CSS.