Halwa @ MN


e-MASJID

Bilangan Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini289
mod_vvisit_counterSemalam694
mod_vvisit_counterMinggu Ini983
mod_vvisit_counterMinggu Lepas1863
mod_vvisit_counterBulan Ini2164
mod_vvisit_counterBulan Lepas682
mod_vvisit_counterSemua2846

We have: 1 guests, 1 bots online
Alamat IP:: 38.107.191.95
 , 
Hari ini: Sep 06, 2010
Home Arkib Berita
MAJLIS JAMUAN HARI AIDILFITRI 1430H / 2009M PERINGKAT MASJID NEGARA

Jalan Perdana, Kuala Lumpur - Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri 1430H / 2009M di Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur pada 13 Oktober 2009 (Selasa) bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 tengah hari. Bersesuaian dengan Bulan Syawal yang bakal berakhir beberapa hari sahaja lagi, ianya merupakan salah satu program tahunan Masjid Negara untuk mengeratkan silaturrahim di antara pegawai dan kakitangan Masjid Negara dengan semua para jemputan yang hadir tidak mengira bangsa, agama mahupun budaya.

 

Program ini dirasmikan oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad dan dihadiri hampir 2,000 orang tetamu dari sekitar kawasan Masjid Negara dan juga tetamu-tetamu khas yang di jemput untuk memeriahkan lagi Majlis Jamuan tersebut. Ini termasuklah Mantan Perdana Menteri Malaysia, YABhg. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi, Duta-Duta Asing ke Malaysia, para pelacong yang melawat Masjid Negara, serta tetamu-tetamu yang datang dari pelbagai bangsa mahupun agama. Ini dapat memupuk semangat muhibah dan sesuai dengan saranan dan konsep yang diketengahkan oleh YAB. Perdana Menteri Malaysia kini iaitu konsep 1 Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

 

Dalam ucapan perasmian, YBhg. Tan Sri Imam Besar Masjid Negara menyatakan bahawa Majlis ini dapat memberi peluang seluas-luasnya kepada semua warga kerja Masjid Negara dan juga para tetamu yang hadir untuk merapatkan silaturrahim dan lebih mengenali antara satu sama lain terutamanya yang bertugas di sekitar dengan kawasan Masjid Negara. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Media Massa yang berperanan untuk memberikan liputan dan publisiti kepada Masjid Negara untuk menjadi Masjid yang terulung dan terunggul di Negara ini.

Majlis ini juga turut meraikan seramai 25 orang anak-anak yatim daripada Madrasah Tahfiz Quran Al-Nuriah Taman Putra, Ampang, Selangor dengan memberikan kepada mereka sumbangan berupa hamper serta duit raya.

 


UNIT PERHUBUNGAN AWAM DAN PUSAT SUMBER

MASJID NEGARA, JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)

14 OKTOBER 2009

 


Powered by Joomla!. Designed by: ThemZa themes ntc hosting Valid XHTML and CSS.