Bilangan Pengunjung






![]() | Hari Ini | 289 |
![]() | Semalam | 694 |
![]() | Minggu Ini | 983 |
![]() | Minggu Lepas | 1863 |
![]() | Bulan Ini | 2164 |
![]() | Bulan Lepas | 682 |
![]() | Semua | 2846 |
Alamat IP:: 38.107.191.99
,
Hari ini: Sep 06, 2010
| MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERINGKAT MASJID NEGARA 16 SEPTEMBER 2009M / 26 RAMADHAN 1430H DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA |
|
|
|
|
KUALA LUMPUR, 16 Sept - Masjid Negara telah menganjurkan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Masjid Negara yang diadakan di Dewan Solat Utama, Masjid Negara, Jalan Perdana Kuala Lumpur di sini, hari ini. Majlis tersebut membabitkan 220 orang peserta dewasa (lelaki dan perempuan) terdiri daripada 110 orang muslimin dan 110 orang muslimah. Manakala peserta kanak-kanak terdiri daripada 180 orang. Seramai 20 orang yang terpilih dikalangan peserta dewasa lelaki telah memperdengarkan bacaan Surah-Surah Lazim yang telah dibimbing bacaannya oleh imam-imam dari Masjid Negara sendiri iaitu Ustaz Wan Aziz bin Wan Omar, dan Ustaz Amru Alhaz bin Adnan.
Keseluruhan 400 orang peserta yang terbabit dalam Majlis Khatam Al-Quran ini terdiri daripada pelajar-pelajar yang mengambil kelas pengajian Al-Quran bagi dewasa dan Kelas Pengajian Tahfiz Al-Quran yang kesemuanya belajar di Masjid Negara. Orang awam juga terlibat dalam menjayakan program ini. Penyampaian cenderamata kepada mereka yang berjaya menyempurnakan program Tadarus sempena bulan Ramadhan dan program Khatam Al-Quran ini telah disempurnakan oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad. Cenderamata telah disampaikan sejurus selepas Majlis Khatam Al-Quran itu selesai diadakan.
Beliau berharap program tahunan ini akan lebih mendapat perhatian dan sokongan dikalangan masyarakat pada tahun-tahun mendatang dan sebagai menghormati dan memuliakan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak ini program-program ini perlulah diperbanyakkan khususnya di Masjid-Masjid seluruh Negara. Beliau juga berkata kitab suci Al-Quran adalah sebagai panduan, petunjuk serta pedoman untuk seluruh umat Islam di dunia dan di akhirat kelak. Beliau juga berharap amalan bertadarus ini juga di harap berterusan bukan sahaja semasa bulan Ramadhan tetapi di bulan-bulan lain juga di mana amalan bertadarus ini merupakan amalan sunat yang di tuntut dalam Islam.
Program tahunan yang diadakan ini adalah bertujuan untuk mengimarahkan lagi Masjid Negara dan bagi menyemarakkan lagi kedatangan bulan Ramadhan 1430H / 2009M yang bakal berakhir lebih kurang 4 hari lagi.
|















Arkib Berita











