PORTAL MASJID NEGARA

Menu Utama

Joomla Slide Menu by DART Creations

e-MASJID








Bilangan Pengunjung

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini703
mod_vvisit_counterSemalam1787
mod_vvisit_counterMinggu Ini7510
mod_vvisit_counterMinggu Lepas10089
mod_vvisit_counterBulan Ini24678
mod_vvisit_counterBulan Lepas36442
mod_vvisit_counterSemua543358

Kemaskini

Terakhir :
18 May 2012 - 06:30 AM

Editor: Sallehan Mohd Salleh

Waktu Solat

[ Tukar Kawasan ]
Tutup
  • Pengumuman!!
  • Tazkirah
  • Kutipan Masjid
  • Statistik Pelancong
  • Halwa Masjid
  • Tawaran Sebut Harga bagi " Perkhidmatan Membekal Makanan Bermasak Untuk Berbuka Puasa dan Moreh di Masjid Negara bagi Bulan Ramadhan 1233H/2012M" dibuka sekarang. Tarikh tutup mengemukakan tawaran Sebut Harga ini ialah selewat-lewatnya pada24 Mei 2012 (Khamis) jam 12.00 tengah hari. Maklumat Tawaran

  • Kem Ibadah Remaja Masjid Negara akan diadakan pada 25-27 Mei 2012. Pendaftaran dibuka. Tempat adalah terhad. Borang Pendaftaran

  • Kursus Komunikasi Bahasa Inggeris (English Communication Skills Course) Siri 1 sedang dianjurkan. Pendaftaran bagi Siri 2 bermula hujung bulan Mei ini telah dibuka kepada umum. Untuk maklumat lanjut, sila baca brosur yang disediakan. Borang Pendaftaran

  • Pendaftaran pengambilan pelajar baru bagi sesi 2012 bagi kelas Pengajian AL-QURAN, Kelas Pengajian BAHASA ARAB, Kelas Pengajian WANITA, Kelas FARDHU 'AIN UMUM dan Kelas TAHFIZ AL-QURAN Remaja/Kanak-Kanak TELAH DITUTUP. Akan dibuka semula pada Oktober-Disember bagi pengambilan sesi 2013.

  • Jadual KULIAH MINGGUAN / BULANAN Masjid Negara. Jadual April dan Mei 2012

  • Portal Rasmi Masjid Negara
  • Portal Rasmi Masjid Negara
PORTAL MASJID NEGARA

KHUTBAH JUMAAT
Wajah Terindah

(18 MEI 2012 / 26 JAMADILAKHIR 1433H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “WAJAH TERINDAH”.

Klik! Baca seterusnya >>
 

BAHAN BACAAN ISLAMIAH
Mencari Penawar Duka, Pengubat Sengsara

Apabila insan terjatuh dalam ujian hidup; kesusahan, keperitan, kezaliman, keresahan, kesedihan dan segala rupa paras penderitaan, insan akan bertanya, apakah penawarnya? Di manakah jalan keluar dari segala kegelapan ini? Bagaimana mungkin dapat aku buang derita yang bersarang dalam jiwa dan peristiwa? Dapatkah aku keluar dari kemelut ini?

Sebahagian ujian itu, jika diukur dengan akal insani, seakan tiada lagi baginya jalan keluar. Warna kegelapan kadang-kala merangkumi segala penjuru, hanya Allah sahaja yang mampu mengeluarkan insan dari keadaan yang sedemikian. Kadang-kala pula insan terpaksa berhadapan dengan realiti yang amat pahit, tidak mampu ditolak oleh dirinya yang kerdil. Namun, insan yang beriman yakin bahawa Allah Yang Maha Berkuasa boleh menukar segala keadaan. Menggantikannya dengan lebih baik yang tidak disangka. Memindahkan duka kepada bahagia dalam pelbagai rupa dan warna.

Klik! Baca seterusnya >>
 

BAHAN BACAAN ISLAMIAH
Kejahilan Terhadap Lawan Menghilangkan Kawan


“Teks, dan manusia. Dua saluran untuk memahami” itu yang saya pegang.

Setelah meluangkan masa memahami kehidupan pada teks-teks agama sebagai panduan, tiba masanya kita terjun ke alam pekerjaan.

Bekerja bukan hanya bekerja. Tetapi bekerja untuk membina jambatan antara agama dan manusia.

Subhanallah, datang dari sekolah agama yang semuanya Melayu dan Muslim, kemudian bermastautin di Jordan yang semuanya Arab dan Muslim, manusia di sepanjang hidup saya itu bersifat monotonous. Ia tidak menggambarkan cabaran rencam yang menanti kehidupan di hadapan. Islam yang saya belajar, wahyu pertamanya turun di Tanah Arab, namun cabaran semasa yang menanti di hadapan adalah warna warni Empayar Rom dan Parsi.

Klik! Baca seterusnya >>
 

BAHAN BACAAN ISLAMIAH

Kisah Seorang Pemuda, Seorang Sheikh dan Segelas Susu.

Seorang pemuda datang kepada seorang sheikh dan bertanya kepada sheikh itu: Aku seorang pemuda yg masih lagi muda dan keinginan-keinginanku tersangat banyak, dan aku tidak mampu untuk menghalang diriku dari melihat kepada manusia dan kepada wanita-wanita di pasar. Apakah yg patut aku lakukan? Kemudian sheikh itu memberikan kepada pemuda itu ...segelas susu yg penuh sehingga ke bibir gelas dan memberikan pesanan kepadanya supaya dia sampaikan gelas itu kepada suatu tempat tertentu dengan melalui pasar itu tanpa air susu itu tertumpah sedikit pun.

Klik! Baca seterusnya >>
 

PROGRAM MASJID NEGARA

Masjid Negara Sampaikan Sumbangan Kepada Anak-Anak Yatim Asrama Damai

Rawang, Selangor – Masjid Negara telah menganjurkan Program Lawatan dan Penyampaian Sumbangan kepada anak-anak yatim di Asrama Damai Anak-Anak Yatim Kuang, Rawang, Selangor pada Rabu, 25 April 2012 bermula jam 10.30 pagi di sini, hari ini. Ianya merupakan salah satu program kebajikan di luar Masjid Negara dan ianya merupakan program tahunan yang dijalankan secara bergilir-gilir di Rumah Anak-Anak Yatim di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Klik! Baca seterusnya >>
 

BAHAN BACAAN ISLAMIAH
Kejutan Budaya Dalam Beragama: Era Pencerahan Islam


“Pergilah ke pub. Jangan minum, sudah!” ‘nasihat’ hebat dilontar kepada pelajar kita.

Para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara terdedah kepada pelbagai situasi yang mengelirukan. Mudah terkena kejutan budaya. Tetapi istilah kejutan budaya itu mempunyai makna yang berbeza, sesuai dengan peredaran zaman.

Bagi generasi lama, sama ada insan biasa, pegawai tinggi atau bertaraf menteri, mereka suka mendefinisikan kejutan budaya itu dengan contoh-contoh yang banyak di zaman mereka. Mat Saleh, kawan-kawan sekelas berehat di pub, minum arak ocassionally, dan hal-hal yang seumpama dengannya.

Semuanya demi penguasaan Bahasa Inggeris dan ke arah kelihatan moden dan selari dengan zaman.

Hari ini ramai pelajar yang terpinga-pinga apabila menerima nasihat seumpama itu.

Klik! Baca seterusnya >>
 
«StartPrev12345678910NextEnd»

Page 1 of 45