Ucapan Penghargaan
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad s.a.w.
Kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana siapnya laman web rasmi Masjid Negara. Pembangunan laman web ini adalah kesinambungan usaha Masjid Negara, JAKIM ke arah menyebarkan maklumat-maklumat Islam dan maklumat yang terkini serta perkhidmatan yang disediakan oleh Masjid Negara kepada masyarakat melalui internet. Pelbagai info-info terkini tentang Masjid Negara boleh didapati di laman web ini.

Saya menaruh harapan yang tinggi agar pembangunan laman web Masjid Negara ini dapat meningkatkan kesedaran tentang pentingnya umat Islam mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja mencakupi bidang agama sebaliknya dalam bidang ICT kerana melalui usaha inilah akan terbentuknya satu penyatuan metod dakwah yang lebih universal dan efektif.
Oleh itu, laman web ini diharap menjadi pencetus ke arah mewujudkan umat Islam yang “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” selaras dengan saranan Perdana Menteri kita, Y.A.B Dato’ Seri Abdullah Bin Ahmad Badawi.
Akhir kata, saya berharap agar semua pihak dapat melayari laman web Masjid Negara ini dan mendapat manfaat yang banyak daripadanya.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum w.b.t.
TAN SRI SYAIKH ISMAIL BIN MUHAMMAD |
IMAM BESAR MASJID NEGARA |
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) |