:: HARI INI ::

Kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana siapnya laman web rasmi Masjid Negara. Pembangunan laman web ini adalah kesinambungan usaha Masjid Negara, JAKIM ke arah menyebarkan...

Baca lagi >>>

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha Berkuasa lagi Maha Mendengar. Tiada suatu kuasa pun selain dia yang dapat mendatangkan kebaikan atau manfaat kepada manusia. Oleh itu, Islam mewajibkan umatnya menjuruskan permohonan, permintaan dan doa hanya kepada Allah S.W.T.

Baca lagi >>>

 
 
 
 

[ Visi | Misi | Piagam Pelanggan ]

Antara fasiliti yang ada di MASJID NEGARA ialah seperti berikut :

DEWAN SOLAT >
DEWAN SYARAHAN UTAMA >
BILIK KULIAH >
BILIK MESYUARAT UTAMA (BMU) >
ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA) >
TAPAK EKSPO >
KEMUDAHAN GIM >

 

DEWAN SOLAT UTAMA

Dewan Solat Utama ini mempunyai rekabentuk yang ringkas dan sedikit menarik. Dilengkapi dengan sistem penghawa dingin yang besar yang sentiasa dipasang ketika solat lima waktu dan solat-solat hari raya dan ketika hari-hari kelepasan am yang melibatkan aktiviti kerohanian seperti solat hajat, tahlil, bacaan yasin dan ceramah khas.

Pada waktu malam selepas solat isya', diadakan kelas pengajian Al-Quran peringkat dewasa di dewan ini. Selain digunakan untuk solat berjemaah dan majlis-majlis rasmi kerajaan, ia juga digunakan untuk majlis pernikahan dan sebagai tempat strategik untuk aktiviti dakwah non-muslim yang dilakukan oleh badan-badan bukan kerajaan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Unit Pentadbiran & Kewangan Masjid Negara di talian : 03-26937784 (Pn. Nurizah).

^^^ Keatas Ke Atas ^

----------------------------------------------------------

DEWAN SYARAHAN UTAMA

Dewan Syarahan Utama digunakan untuk kegiatan ilmiah seperti kelas-kelas tafaquh fiddin pengajian dewasa, majlis-majlis rasmi kerajaan, ceramah, seminar, kursus-kursus dan bengkel-bengkel serta majlis jamuan makan untuk VVIP kerajaan seperti Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, Y.A.B Perdana Menteri, Y.B Timbalan Perdana Menteri ketika majlis-majlis rasmi kerajaan.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Unit Pentadbiran & Kewangan Masjid Negara di talian : 03-26937784 (Pn. Nurizah).

^^^ Keatas Ke Atas ^

----------------------------------------------------------

BILIK KULIAH

Terdapat 3 buah Bilik Kuliah di Masjid Negara yang boleh memuatkan antara 30-20 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Bilik ini banyak digunakan untuk kelas-kelas pengajian, taklimat program, bengkel dan sebagainya. Bilik ini dilengkapi layar LCD untuk sebarang program yang melibatkan tayangan slaid.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Unit Pentadbiran & Kewangan Masjid Negara di talian : 03-26937784 (Pn. Nurizah).

^^^ Keatas Ke Atas ^

----------------------------------------------------------

BILIK MESYUARAT UTAMA (BMU)

Banyak digunakan untuk mesyuarat-mesyuarat kakitangan Masjid Negara, badan-badan kerajaan, badan bukan kerajaan, swasta dan pertemuan diplomatik. Majlis penyerahan barang atau kemudahan juga dijalankan di sini. Boleh memuatkan antara 10-30 orang ahli sidang mesyuarat. BMU Masjid Negara sentiasa menerima tempahan dan digunakan untuk program mesyuarat badan-badan penting kerajaan, korporat dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Unit Pentadbiran & Kewangan Masjid Negara di talian : 03-26937784 (Pn. Nurizah).

^^^ Keatas Ke Atas ^

----------------------------------------------------------

ISLAMIC OUTREACH ABIM (IOA)

Program penerangan Islam untuk golongan muslim dan non-muslim yang amat aktif banyak dilakukan di ISLAMIC OUTREACH ABIM. Kejayaan ISLAMIC OUTREACH ABIM berjaya mengIslamkan beberapa orang warganegara asing yang datang ke melawat Masjid Negara dan menerima penerangan yang jelas tentang Islam. Sumbangan IOA ini begitu banyak kepada aktiviti pelancongan dan dakwah Islam secara terbuka.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah fungsi dan matlamat IOA ini, anda dijemput berkunjung ke Masjid Negara.

^^^ Keatas Ke Atas ^

----------------------------------------------------------

TAPAK EKSPO

Tapak ini biasanya menjadi tempat untuk ekspo atau program-program outdoor yang lain. Pada tahun lepas Masjid Negara berjaya mengadakan Ekspo Hadhari selama 2 minggu. Tapak ini dibuka untuk tempahan untuk diadakan sebarang program.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Unit Pentadbiran & Kewangan Masjid Negara di talian : 03-26937784 (Pn. Nurizah).

 

^^^ Keatas Ke Atas ^

----------------------------------------------------------

KEMUDAHAN GIM

Kemudahan rekreasi dan sukan ini disumbangkan oleh sebuah syarikat swasta untuk kegunaan ahli jemaah beriadah. Sila berkunjung ke Masjid Negara untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Sebarang pertanyaan dan tempahan sila hubungi Unit Pentadbiran & Kewangan Masjid Negara di talian : 03-26937784 (Pn. Nurizah).

^^^ Keatas Ke Atas ^

 

KLIK UNTUK INFO >>>
KLIK UNTUK INFO >>>
KLIK UNTUK INFO >>>
KLIK UNTUK INFO >>>

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

© 2008 Masjid Negara Online v2.0| All Rights Reserved. Inquiry to: webmaster . Design by UNIMEP.